Lima (5) Sebab Anda Tidak Perlukan Kad Perubatan Peribadi (personal medical card)

5 Sebab Anda Tidak Perlukan Kad Perubatan Peribadi (personal medical card)

1. Majikan anda telah menyediakan coverage perubatan tanpa had (unlimited) atau sekurang-kurangnya 1 juta untuk anda.

Cuba anda periksa semula dengan jabatan sumber manusia (HR department) berapa banyak kos rawatan yang hanya ditanggung oleh majikan anda. Kebiasaan yang saya diberitahu oleh client saya hanyalah dalam lingkungan RM10 ribu hingga RM30 ribu. Anda bayangkan adakah ianya cukup sekiranya anda terlibat dalam kemalangan dan memerlukan pembedahan sekitar 30-40 ribu? Mana nak dapat duit untuk tampung yang selebihnya?

2. Anda merancang mahu bekerja dengan majikan anda selama-lamanya tanpa perlu pencen.

Majikan anda tentu sangat sayang dengan anda sekiranya mempunyai hasrat sedemikian. Namun, adakah anda mempunyai kudrat untuk bekerja selama-lamanya?

Hakikatnya, apabila pencen atau sudah tidak lagi bekerja dengan syarikat kesayangan anda, kesemua manfaat yang anda dapat akan diberhentikan sama sekali. Samalah dengan manfaat insurans/takaful kesihatan anda dan keluarga. Malangnya, pada usia emas tersebut, sekiranya anda baru berhasrat untuk mendapatkan kad perubatan peribadi, kemungkinan besar kes anda akan ditolak atau diterima bersyarat sekiranya anda sudah punya penyakit. Sekiranya lulus sekalipun, caruman bulanan yang dibayar adalah sangat tinggi dan mahal. Jadi, fikirkan!

3. Anda kebal dari sebarang penyakit atau sentiasa bernasib baik.

Ini…..no komen.

4. Anda sudah mempunyai tabungan atau simpanan di akaun peribadi sekurang-kurangnya sebanyak 2 juta ringgit (2 million).

Secara peribadi, saya pernah berjumpa dengan beberapa orang seperti di atas. Namun, ironinya…kesemua mereka mempunyai kad perubatan peribadi untuk saat-saat kecemasan kerana tidak mahu menggunakan tabungan di atas disebabkan mereka sangat faham akan fungsi medikal card untuk kes-kes sebegini. Anda??

5. Anda sanggup membuat pinjaman personal loan di bank, guna kad kredit atau pinjam dengan Along.

Silalah gunakan 3 cara di atas kerana anda pastinya akan mengumpul hutang bergunung untuk dilunaskan sehingga usia emas anda nanti.

Sekiranya anda mahukan khidmat rundingan pengurusan kewangan dan cara melindungi pendapatan anda daripada musibah hilang upaya kekal/ kecacatan/ kematian, silakan menghubungi saya. Nak murah mesej je. Nak free FB inbox ade, whatsapp ade, email ade. Rancanglah kewangan anda dengan bijak untuk ketenangan fikiran dan kebahagiaan keluarga. InsyaALLAH kita merancang, Allah mudahkan. Amin.

Salam takaful,
Nadzirah Aslan
+6019-8765542 (Call/SMS/Whatsapp)

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>