MH370 dan Takaful

MH370 dan Takaful

Saya amat teruja untuk berkongsi khabar ini dengan rakan-rakan, saudara-mara dan klien saya. Berita ini mungkin sudah basi atau lapuk kerana berlaku awal tahun 2014, namun, manfaatnya sangat besar. Khabar gembira ini telah lama berlegar di kalangan kami, rakan agent, namun kesahihan di media utama masih belum lagi kedengaran. Itulah sebabnya baru sekarang saya war-warkan.

Seperti yang umum ketahui, terdapat beberapa prosedur untuk tuntutan pampasan kematian dari pihak pengendali insurans/takaful sekiranya berlaku kematian kepada pemegang polisi. Antara dokumen penting yang amat diperlukan ialah dokumen kematian (death certificate).

Kes MH370 adalah satu kes yang unik dan memberi rahmat yang terbesar untuk berfikir bagi kita yang masih hidup. Ini disebabkan, wujudnya satu situasi di mana kesemua penumpang dan anak kapal adalah ‘hilang’. Oleh yang demikian, sijil kematian tidak dapat dikeluarkan secepat mungkin seperti prosedur biasa. Setelah sebulan peristiwa ini berlalu, ahli keluarga dan waris dihubungi oleh bank-bank untuk melunaskan bayaran hutang kereta, rumah dan beberapa hutang pinjaman peribadi yang lain.

Bacaan lanjut: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-great-eastern-life-akan-bayar-rm2-juta-kepada-14-waris-penumpang-33958

Maka, di sinilah besarnya peranan pampasan yang dikeluarkan oleh syarikat pengendali takaful/insurans bagi menghapuskan kesemua hutang yang ada.

Justeru, sejurus selepas Pendana Menteri mengumumkan MH370 berakhir di Lautan Hindi, president Persatuan Life Insurance Association of Malaysia mengumumkan, waris boleh membuat tuntutan tanpa perlu sijil kematian. Di pihak Great Eastern pula, cek pampasan telah dikeluarkan sehari selepas pengumuman tersebut diumumkan. Manakala jumlah cek sebanyak 2 juta ringgit kesemuanya akan dibayar kepada 14 waris penumpang. Untuk makluman, daripada 50 orang rakyat Malaysia ‘onboard’ MH370, 14 daripadanya pemegang polisi Great Eastern.

Alhamdulillah, inilah salah satu contoh takaful kepada masyarakat yang saya maksudkan. Melalui wang pampasan itu, terdapat:

1) Hutang-hutang yang perlu dilunaskan

2) Kos sara hidup keluarga yang ditinggalkan

3) Senyuman masa depan pengajian anak-anak yang cerah

Sekiranya anda masih keliru akan manfaat perlindungan takaful buat keluarga anda, silakan menghubungi saya untuk bantuan.

Nadzirah Aslan,

+6019-8765542 (Call/SMS/Whatsapp).

 

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>