Peningkatan kos perubatan di Malaysia…nak buat camane?

 sebab hutang-perubatan

Data di atas menunjukkan beberapa sebab peminjam gagal membayar hutang. Sebab utama merangkumi 26% adalah membayar perbelanjaan perubatan yang tinggi.

Bagaimana untuk membuat persediaan bagi menghadapi saat-saat kecemasan ketika sakit yang pastinya menelan kos belanja yang tinggi?

Caranya tak lain adalah melalui takaful perubatan. Tahniah kepada anda yang telah mengorak langkah dengan mengambil takaful perubatan ini.

utusan-20-sept

Eh, ape pulak takaful perubatan ni??

Takaful peruabtan ini secara ringkasnya ialah polisi perlindungan perubatan yang akan membayar kos perubatan anda sekiranya menghidap apa-apa penyakit, kemalangan, (yang mana akan menelan belanja beribu-ribu ringgit sekiranya perlukan pembedahan)  lumpuh kekal dan kematian.

Mungkin anda yang membaca ini berasakan bahawa anda masih muda dan masih terlalu ‘awal’ untuk menghidap apa-apa penyakit, namu, saya ingin bertanyakan anda:

a) Adakah anda yakin yang anda tidak akan ditimpa kemalangan esok, lusa atau hari-hari mendatang? :P

b) Bukankah setiap daripada kita perlu merancang lebih awal perancangan kewangan masa depan ketika masih muda? :P

Sekiranya anda belum mendapatkan polisi perubatan, dapatkannya sekarang ketika masih muda. Selain anda membayar caruman yang lebih rendah, perlindungan yang boleh dapat juga adalah komprehensif (menyeluruh) kerana keadaan kesihatan yang masih baik. Berikut saya kongsikan secara ringkas 5 komponen perlindungan yang terdapat dalam polisi perubatan:

1) Pampasan kematian/hilang upaya kekal

2) Pampasan perlindungan untuk 36 penyakit kritikal (Contoh kegagalan buah pinggang, strok, serangan jantung etc)

3) Kad perubatan – digunakan ketika perlu dimasukkan ke hospital apabila sakit atau perlukan pembedahan

4) Elaun harian apabila masuk ward- jumlah elaun adalah berdasarkan jenis pakej polisi yang anda ambil (biasanya RM100 sehari)

5) Caruman percuma sekiranya anda disahkan menghidap salah satu dari penyakit kritikal di atas

Semoga anda lebih bijak dalam membuat perancangan kewangan anda dan keluarga. Ingatlah, produk takaful/insurans ini hanya boleh diambil ketika anda merasakan anda tidak perlukannya iaitu ketika sihat. Ketika anda sakit, produk takaful/insurans sudah tidak mahukan anda lagi kerana anda tidak lagi sesuai atau tidak boleh melanggannya

Ikhlas,

Nadzirah Aslan

019-8765542

Perunding Takaful Anda

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>