Takaful kepada masyarakat; kisah 1

Tak perlu bayar bil RM4 ribu, dapat duit poket pula RM400…

IMG-20141002-WA0048Client saya, Miss A dimasukkan ke hospital setelah 3 hari menahan sakit perut yang amat sangat. Sakit perut yang dianggap biasa pada mulanya, rupanya merupakan jangkitan pada bahagian hempedu batu karang.

Setelah beberapa ujian dibuat, akhirnya doktor yang merawat beliau memutuskan untuk mencuba ‘conservative treatment’ dahulu untuk melihat hasilnya. Sekiranya jangkitan tersebut boleh dirawat, maka pembedahan tidak diperlukan.

Oleh yang demikian, Miss A perlu ditahan di wad bagi membolehkan beberapa antibiotik yang berkepekatan tinggi (high dose of antibiotics such as Sulperazone and Flagyl), diberikan kepada beliau melalui cara intravena.

Buat pengetahuan umum, Miss A merupakan seorang kakitangan perubatan di hospital swasta di Pulau Pinang. Jadi, untuk rawatan di wad, beliau menggunakan kemudahan ‘employee benefit’ untuk ‘admission’ kali ini. Daripada keseluruhan bil beliau yang berharga RM4831.63 untuk rawatan selama 4 hari, beliau hanya perlu membayar sebanyak RM1.05.

Selain itu, beliau juga merupakan seorang pencarum di polisi medical card Great Eastern Takaful sejak tahun 2013. Medical card beliau mempunyai manfaat elaun hospital sebanyak RM100/sehari. Jadi, walaupun beliau tidak menggunakan medical card untuk ‘admission’ pada kali ini, manfaat tambahan lain yang ada dalam medical card boleh digunakan. Setelah beliau discaj, beliau mendapat elaun sakit RM400 dalam bentuk cek daripada Great Eastern Takaful. (sila rujuk lampiran). Inilah salah satu cara bagaimana takaful digunakan untuk membantu meringankan beban kewangan anda di saat kecemasan di samping memberikan ketenangan fikiran.

IMG-20141002-WA0050

Tahniah saya ucapkan buat Miss A kerana telah mebuat pilihan yang betul melaui Great Eastern Takaful. Teringat pada awal perbualan kami ketika beliau mula-mula berhasrat untuk mengambil polisi kad perubatan peribadi Great Eastern takaful melaui saya.

Saya: Miss A, you kan dah senior staff di sini, (umur beliau dalam lingkungan awal 30an), employee benefit dah byk, buat ape nak medical card lagi? Tak membazir ke?

Miss A: Cik Nadzirah, saya beli ini untuk saya guna ketika kecemasan. Walaupun saya staff di sini, belum tentu jika kemalangan/kecemasan akan berlaku di sini juga. Cuba jika ianya berlaku ketika saya di negeri kelahiran saya di Sabah, takkan nak datang sini pula. Lagi satu, lebih baik saya beli ketika muda. Bila dah sakit, susah nak dapat kad perubatan ni.

Syabas saya ucapkan buat Miss A kerana mempunyai kesedaran tentang keperluan takaful dan medical card. Anda bagaimana?

Hubungi saya untuk rundingan dan khidmat nasihat beserta quotation. Free of charge.

Rakan takaful anda,
Nadzirah Aslan
019-8765542

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>